Shopping Cart

Tempat Paling Famous Di Malaysia

Top 10 Best Tempat Paling Famous Di Malaysia

Negara yang paling banyak dikunjungi di dunia, Malaysia mempunyai banyak destinasi percutian boleh diterokai yang akan menarik semua pelancong tanpa mengira usia dan bangsa bahkan ada sesetengah tempat pelancongan yang menarik di Malaysia adalah bertaraf dunia yang sering dijadikan destinasi pelancong orang asing. Dan ada banyak pakej pakej percutian bajet 2 hari 1 malam yang menarik di tawarkan setiap tempat tempat menarik ini. Dan ada negeri negeri paling best untuk di kunjungi kerana terdapat Hidden Place yang ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak tahu.

10 Tempat menarik di Malaysia

Dari Menara Kembar Petronas yang megah hingga pulau-pulau terindah di dunia, anda pasti akan kagum dengan semua tempat yang ditawarkan oleh Malaysia. Oleh itu, banyak sangat tempat yang boleh diterokai, berikut adalah Tempat Paling Famous Di Malaysia yang terbaik untuk dilawati di Malaysia.

1. Cameron Highland, Pahang

Tempat Paling Famous Di Malaysia : Cameron Highland

Cameron Highlands antara Tempat Paling Famous Di Malaysia di kalangan rakyat malaysia dan nama Cameron Highlands diambil bersempena dengan nama Sir William Cameron, seorang juruukur British yang telah diarahkan oleh kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu. Bagi rakyat Malaysia, agak mustahil jika anda tidak pernah mendengar nama Cameron Highlands kerana ia tempat percutian menarik paling disukai rakyat Malaysia. Ia merupakan sebuah Tempat Paling Famous Di Malaysia yang menjadi destinasi utama pelancongan yang terletak di negeri Pahang. Ia merupakan Tempat Paling Famous di Malaysia yang menjadi pilihan tempat bercuti di malaysia yang sejuk menjadi pilihan utama sehingga kini.

Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highlands kerana destinasinya nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan menakjubkan yang tidak agak sukar untuk temui di kawasan pelancongan lain di Malaysia. Cameron Highland cukup terkenal dengan ladang strawberi dan tanah tinggi dimana keadaannya sangat sejuk. Jadi rugi kalau tidak mencuba makanan yang berasaskan strawberi di sini.

Tidak lupa juga berkunjung ke ladang strawberi dan rasai pengalaman memetik buah strawberi sendiri.  Antara benda yang boleh dibeli di sini adalah strawberi, sayur-sayuran yang sangat murah dan pelbagai serta bunga-bunga hidup dan kering yang tahan selama 2 tahun.

Banyak lagi perkara dan tempat menarik yang boleh didapati dan lakukan disana. Boleh refer pada website berikut : https://www.cameronhighland.net/

2. Sunway Lagoon, Selangor

Sunway Lagoon merupakan Tempat Paling Famous Di Malaysia yang merupakan sebuah tempat menarik dan taman hiburan yang terbesar di Malaysia yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya Selangor yang dibuka sejak tahun 1993 lagi. Taman tema yang berkeluasan 88 ekar ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang pasti menyeronokan dan sesuai dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sunway Lagoon sudah tidak asing lagi bagi penduduk di Malaysia terutamanya bagi peminat aktiviti outdoor. Kini, Sunway Lagoon menjadi Tempat Paling Famous Di Malaysia dan merupakan tempat percutian menarik paling disukai di dalam mahupun pelancong yang dari luar negara datang kesini untuk dijadikan tempat percutian mereka. Pada mulanya ia terdiri daripada taman air,taman ria dan taman haiwan sahaja, tetapi kemudiannya ditambah pula dengan taman seram dan taman aksi lasak disini.

Tempat Paling Famous Di Malaysia ini menjadi Destinasi percutian riang-ria ini mempunyai lebih 90 tarikan menarik yang sesuai bagi semua peringkat umur. Pelbagai aktiviti menyeronokan menanti setiap pengunjung. Terdapat 6 jenis taman tema yang menawarkan pengalaman yang berbeza. Antaranya ialah Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park dan Nickelodeon Lost Lagoon.

Untuk Dapatkan Pakej Sunway Lagoon yang berbaloi boleh dapatkan di online seperti KLOOK dan andai juga boleh WALK in terus ke Kaunter Sunway Lagoon.

Untuk Pakaian yang sesuai pada Muslimah boleh cuba dapatkan Koleksi Bakini Bella Ammara sekarang yang ada 4 jenis Warna BAKINI Swimwear Hot Pink , Bakini Swimwear Royale Blue , Bakini Swimwear Grey and Bakini Swimwear All Black

3. Kota Kinabalu, Sabah

Tempat Paling Famous Di Malaysia yang Seterusnya adalah Kota Kinabalu merupakan bandar keenam yang dirasmikan bagi Malaysia di timur pada tahun 2000. Untuk perjalanan kesana memerlukan kira-kira 3 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China Selatan. Bandar ini juga merupakan destinasi pelancongan utama dan pintu masuk yang popular bagi pelancong yang melawat Sabah dan Borneo.

Negeri Sabah menjadi Tempat Paling Famous Di Malaysia ,kerana Negeri Sabah memang cukup terkenal dengan tempat menarik untuk pelancongan yang kaya dengan tarikan alam semulajadi terutamanya di pulau-pulau, pusat penjagaan hidupan liar & kawasan taman negara yang menjanjikan keindahan hutan belantara Borneo yang sangat mengujakan. Bahkan ada sesetengah tempat menarik di Sabah yang popular hanya ada di sini dan tiada seumpamanya di Semenanjung Malaysia.

Banyak destinasi Tempat Paling Famous Di Malaysia especially Sabah ini yang boleh dituju jika datang melancong dan bercuti di sini. Antaranya seperti Perkampungan Budaya Mari-Mari, Pasar Malam Kota Kinabalu, Jesselton Point Waterfront, Muzium Sabah dan banyak lagi. Untuk pengetahuan negeri Sabah ini terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai pelbagai kebudayaan, kesenian dan cara hidup tradisional yang berbeza. Jadi sangat menarik untuk pelancong lebih mendalami tentang keunikan penduduk di Sabah dari pelbagai aspek apabila bercuti disini.

4. Bukit Bendera, Pulau Pinang

Tempat Paling Famous Di Malaysia seterusnya adalah Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang menyimpan seribu satu rahsia suka dan duka. Ia adalah salah satu daripada tiga negeri selat yang pesat membangun di tanah melayu pada ketika dahulu. Kini, Bukit Bendera menjadi kawasan parlimen di negeri Pulau Pinang.

Selain itu, Bukit Bendera merupakan tempat menarik minat pelancong untuk dijadikan tempat percutian atau berbulan madu disebabkan suhunya yang nyaman sejuk sederhana dan boleh melihat pemandangan yang indah ke seluruh kawasan badaraya Pulau Pinang yang sangat cantik dan dapat menaiki puncak Bukit Bendera dengan beberapa alternatif iaitu menggunakan keretapi, mendaki melalui denai yang disediakan atau melalui jalan lasak menggunakan jeep.

Untuk pengetahuan bukit ini berada pada ketinggian 830 meter dari aras laut. Bukan itu sahaja Tempat Paling Famous Di Malaysia juga mempunyai taman permainan, pondok bersyen tua, restoran dan tempat penginapan yang sangat selesa bahkan ada juga sebuah kuil Hindu dan Masjid Muslim di puncaknya.

5. Port Dickson, Negeri Sembilan

Tempat Paling Famous Di Malaysia

Sebuah bandar pantai peranginan yang terkenal terletak di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Tempat menarik ini terletak di tepi pinggir laut yang berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, biji timah, arang dan lain-lain keperluan. Port Dickson adalah bandar kedua terbesar di Negeri Sembilan selepas Seremban.

Setiap tahun Port Dickson menerima jutaan pelancong. Hal ini kerana, tempat ini menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari pusat bandarnya untuk pelancong berkelah, bercuti dan mandi-manda serta melakukan banyak lagi aktiviti dan pergi ketempat yang lebih menarik lagi. Lagipun, lokasinya hanya mengambil masa satu jam lebih dari Kuala Lumpur.

Jelaslah, dengan pemandangan laut yang indah dan suasana harmoni, serta lapangan pantai yang indah sepanjang 18km mampu menarik minat rakyat Malaysia mahupun pelancong luar datang ke sini dan menjadi Tempat Paling Famous Di Malaysia. Pelancong juga boleh menempah penginapan di hotel dan resort yang cantik dan selesa serta mampu menambah memori terindah anda sekeluarga apabila bercuti disini.

Percutian bertambah menarik jika anda menggunakan BAkini.

6. Lost World of Tambun, Perak

Tempat Paling Famous Di Malaysia

Antara tempat menarik di malaysia 2022 adalah Destinasi Taman Tema Lost World Tambun boleh dikatakan tempat menarik di Ipoh Perak yang paling popular dengan pelbagai pilihan permainan yang menyeronokkan. Taman tema ini merupakan satu-satunya penginapan & theme park yang dikelilingi oleh batu kapur. Satu tempat percutian yang sangat ideal untuk anda bergembira bersama anak-anak dan keluarga.

Di sini, daya tarikan pelancongan terbahagi kepada beberapa bahagian utama seperti Theme Park, Hots Spring & Park dan juga Night Park. Dan setiap bahagian utama ini terbahagi pula kepada beberapa bahagian kecil lain seperti tema air, kolam air panas, amusement parklost world petting zoo, tiger valley dan sebagainya.

Tarikan taman tema di sini memang cukup lengkap dan sekiranya ingin menghabiskan kesemua jenis aktiviti yang memerlukan masa sekurang-kurangnya satu hari, ia sebaiknya menempah penginapan bagi pelancong yang luar dari Ipoh supaya tidak penat dan lebih mudah untuk berulang-alik ke setiap taman permainan di sini bersama anak-anak.

Jujurlah, suasana di sini memang cantik dan romantis untuk luangkan masa bersama yang tersayang.

Dapatkan Tiket Lost World Tambun yang merupakan destinasi Tempat paling Famous di Malaysia sekarang : KLOOK

7. ZOO Negara, Kuala Lumpur

Zoo Negara adalah sebuah tempat menarik yang pertama diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikkan, pendidikan dan reakreasi. Tambahan pula, tempat ini ditubuhkan pada 16 November 1963 dan mempunyai sekitar 5,000 jenis haiwan dari 459 spesies mamalia,  burung,  reptilia,  ambifia dan ikan.

Tempat Paling Famous Di Malaysia Zoo Negara kini mempamerkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung.

Jadi, kepada peminat haiwan boleh datang ke Zoo Negera bagi melihat pelbagai jenis haiwan yang pasti memberi satu pengalaman yang luar biasa. Khususnya buat anak-anak yang ingin belajar dan mengetahui tentang keindahan fauna ciptaan Tuhan yang pasti sangat mengagumkan.

8. Kota A Famosa, Melaka

Tempat Paling Famous Di Malaysia : Kota A Famosa Melaka

Mengikut sejarahnya Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Tempat ini terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka.

Tempat ini menjadi salah satu tempat paling menarik dan popular yang wajib singgah apabila bercuti di Melaka. Hal ini kerana ia mempunyai sejarah yang lampau sehinggalah terbinanya Kota ini. Tambahan pula, A Famosa ini adalah bangunan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Ramai pengunjung yang datang ke tempat popular ini untuk mengambil gambar dan ingin mengetahui mengenai sejarah-sejarah Kota A Famosa ini. Jadi hadirlah kesini kerana ia merupakan satu detik penting dalam sejarah Negara.

9. Kuching Waterfront, Sarawak

Tempat Paling Famous Di Malaysia – Kucing Sarawak

Nak tahu di mana tempat menarik dan popular di Kuching Sarawak ini? Lokasinya adalah di Kuching Waterfront. Ia terletak pada sepanjang 1 km di tepian sungai Sarawak, pelbagai tarikan yang menarik boleh dilawati oleh pelancong yang datang dari semenanjung Malaysia mahupun luar negara di sini, antaranya adalah tokong Cina yang tertua iaitu Tokong Tua Pek Kong serta monumen Charles Brooke.

Pemandangan Cantik Kuching Waterfront sangat memukau

Apa lagi istimewanya di Kuching Waterfront ini? Sekiranya datang ke sini pada waktu siang, dapat menikmati pemandangan yang memukau jiwa Kubu Margherita, Astana dan perkampungan Melayu yang terletak di seberang sungai.

Untuk menikmati pemandangan di sekitar dengan lebih ‘dramatik’ lagi, boleh juga menaiki bot Penambang dari jeti ke jeti. Sebelum pulang, jangan lupa untuk membeli cenderamata yang banyak dijual di sekitar Waterfront.

Taman-taman negara yang mendamaikan, muzium yang padat dengan informasi dan tugu-tugu yang unik, ini hanyalah sedikit cebisan daripada semua tarikan yang ditawarkan oleh bandaraya ini. Percayalah, semakin banyak tempat diterokai, semakin mendalam rasa cinta kepada negeri yang dinamakan sempena nama haiwan comel ini iaitu Kuching, Sarawak.

10. I-City Shah Alam, Selangor

Tempat Paling Famous Di Malaysia : I-City Shah Alam

I-City mula ditubuhkan pada bulan Disember 2009 dan ia terletak di Seksyen 7 Shah Alam, tempat menarik selangor bersempadan dengan Bandaraya Klang, lokasi ini terus berkembang dan membangun demi memberikan keseronokan buat orang ramai yang datang untuk bercuti di Shah Alam.

Bagi pelancong yang pertama kali bercuti di sini, sangat disyorkan untuk mulakan penerokaan di I-City Shah Alam. Tidak dinafikan, sejak wujudnya I-City Shah Alam, destinasi ini telah menjadi tempat yang paling popular untuk kunjungan pelancong tempatan. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti SnoWalk, City of Digital Light, The Red Carpet Museum, Trick Art Museum, & juga Water World I-City.

Tempat menarik yang paling wajib untuk dilawati ialah SnoWalk yang merupakan sebuah kawasan bertutup dan suasananya tidak ubah seperti di kutub bumi yang sangat sejuk di bawah paras beku. Sudah tentu pengalaman berada di tempat begini yang suhunya -5  darjah celsius bakal membuatkan bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga turut teruja.

Jika anda tak tahan sejuk, jangan risau, bawa sahaja anak-anak ke Red Carpet Wax Museum yang menempatkan lebih 100 patung buatan yang diperbuat daripada lilin /wax. Setiap patung ini dibentuk menyerupai selebriti terkenal & tokoh-tokoh dunia dari bidang politik, perfileman, sukan dan sebagainya.

Waktu malam pula, bolehlah pula ke City of Digital Light untuk melihat keindahan lampu neon warna-warni yang menghiasi landskap taman di sini & pasti membuatkan anak-anak anda tidak sabar-sabar untuk bergambar serta berswafoto bersama.

Kesimpulannya, banyak lagi sebenarnya Tempat Paling Famous Di Malaysia di darat, hutan, laut, pulau dan sebagainya yang boleh anda sekeluarga kunjungi mahupun bercuti. Ini antara tempat paling popular yang dapat disenaraikan dalam top 10. Akhir kata rancanglah percutian anda dan jadilah pelancong tempatan yang bijak. Apa yang penting, sokonglah industri pelancongan di dalam negara kita, kalau bukan kita yang mulakan, maka siapa lagi yang akan mengunjungi tempat menarik ini?


Leave a Reply

Free Shipping Semenanjung Malaysia

On all orders above RM500

Easy 30 days returns

30 days money back guarantee

High Quality Product

for all our product

100% Secure Checkout

PayPal / MasterCard / Visa

1
%d bloggers like this: