Shopping Cart

Baju Kurung

Baju Kurung Moden Leya Koleksi Terbaru Bella Ammara

Jika anda adalah seorang rakyat Malaysia, semestinya anda mengenali, mengerti dan faham apa itu baju kurung. Boleh dikatakan sebagai baju kurung tradisional dan pakaian kebanggaan rakyat malaysia yang mempunyai ciri-ciri dan nilai estetik yang tersendiri.

Baju Kurung Moden Leya

Namun, Baju kurung wanita telah mengalami pelbagai evolusi dari masa ke semasa dengan perkembangan dan peredaran zaman. Kini, pelbagai rekan baju kurung moden telah diterima dan disambut dengan baik oleh masyarakat setempat khusunya bangsa Melayu yang ingin tampil bergaya dengan kurung moden.

Walaupun secara umumnya kita telah menerima evolusi moden di dalam perubahan rekaan, corak dan seumpamanya. Ia tetap menjadi pilihan para wanita di luar sana untuk memilih dan menggayakan baju kurung sebagai pakaian harian, majlis, pejabat dan sebagainya meskipun baju kurung sekarang sudah bersifat kontemporari tapi masih mengekalkan ciri-ciri aslinya.

Yang terbaru, Bella Ammara telah menghasilkan satu rekaan baju kurung yang cukup cantik, cukup menarik iaitu Leya Kurung. Koleksi paling terbaru Bella Ammara yang dilancarkan pada bulan Julai 2022. Bella Ammara tidak asing lagi di dalam industri fesyen tanah air terutama di Malaysia yang banyak mengeluarkan koleksi pakaian-pakaian muslimah dan juga telekung.

Apa yang ada dengan koleksi Leya Kurung Bella Ammara?? Jom sama-sama kita bedah dan rungkai satu persatu koleksi ini.

Leya Kurung didatangkan dengan 3 warna pilihan yang menarik dan sedap mata memandang iaitu Baby Blue, Dusty Pink dan Nude. Warna-warna fervent yang sentiasa menajdi pilihan wanita-wanita di luar sana kerana senang dan mudah untuk digayakan bersama dengan tudung bawal mahupun shawl yang bercorak mahupun kosong sahaja.

Material utama Leya Kurung ialah dari Comocrepe fabrik. Salah satu fabrik yang tidak asing lagi di dalam indutri fesyen dan baju disamping baju kurung cotton. Comocrepe atau dikenali juga sebagai Korean fabrik menjadi pilihan kerana materialnya yang lembut dan tidak panas. Namun, kainnya agak sedikit berat berbanding dengan fabrik jenis satin.

Comocrepe fabrik merupakan kain yang tidak jarang dan juga tidak mudah berkedut. Ciri fabrik ini yang tidak mudah melekat di badan sehinggan menampakkan bentuk tubuh badan menjadi pilihan muslimah di luar sana yang mementingkan keselesaan dan kekemasan.

Dari segi rekaan Leya Kurung, Bella Ammara masih mengekalkan ciri-ciri basic kurung yang kosong tanpa reka corak. Tetapi, dihiasi dengan susunan manik. Leya kurung juga mempunyai ciri-ciri yang pasti disukai oleh para ibu dan wanita diluar sana dimana terdapat ciri “wudhu friendly” dan “breast feeding friendly” pada baju kurung ini.

Cara Penjagaan Leya Kurung Bella Ammara :

  • Gantung untuk pengeringan secara normal.
  • Basuh secara berasingan dengan pakaian yang lain.
  • Hanya menggunakan sabun atau detergen yang lembut sahaja.
  • Jangan rendam terlalu lama bagi mengelakkan perubahan warna pada fabrik.
  • Elakkan menggunakan berus yang keras, kasar atau menyental secara kuat kerana boleh menjejaskan struktur fabrik.
  • Seterika pada suhu yang rendah dan minimum dan juga apabila perlu sahaja.

Jangan Lupa Dapatkan Baju Kurung Leya Terkini Bella Ammara Sekarang dengan Harga Promosi Sehingga 31 August 2022 ini. Harga Pengenalan yang sangat berbaloi untuk di miliki.

Boleh Dapatkan Koleksi Leya Kurung Di Butik Butik Bella Ammara Yang Berdekatan Dengan Anda :

  • Bella Ammara Kuala Lumpur (Jalan Genting Kelang)
  • Bella Ammara Shah Alam (Seksyen 7 Shah Alam)
  • Bella Ammara Sungai Petani (Bandar Amanjaya)
  • Bella Ammara Johor Bahru (Bandar Baru Uda)
  • Bella Ammara Bangi (Bangi Sentral)

Kami juga membuka peluang kepada mereka yang ingin menjana income dengan program Affiliate (Promo Link Jer) koleksi online kami di Bella Ammara dimana anda akan mendapat Komisen bermula 7% Sehingga 15% setiap koleksi yang terjual.

Jika berminat dengan Program Affiliate (Promo Link Jer). Boleh Tekan Link ini Program Affiliate.

Untuk melengkapkan dan memenuhkan ruang di dalam almari pakaian anda, Jom membeli belah koleksi lengkap kami secara atas talian dan ikuti sosial media kami untuk dapatkan informasi mengenai perkembangan fesyen terkini, koleksi keluaran terbaru dan juga promosi terbaru daripada kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Shipping Semenanjung Malaysia

On all orders above RM500

Easy 30 days returns

30 days money back guarantee

High Quality Product

for all our product

100% Secure Checkout

PayPal / MasterCard / Visa