Shopping Cart

Tudung Bawal Bella Crystal

Tudung Bawal Bella Crystal Terbaru dari Bella Ammara

Hijab merupakan salah satu alat atau pakaian yang penting bagi seorang muslimah bagi menutup aurat untuk memenuhi tuntutan syariah agama Islam. Seiring dengan kemajuan teknologi dan trend semasa, Hijab sudah mengalami proses perubahan dari hanya sekadar berfungsi untuk menutup kepala hingga menjadi satu fesyen ikutan di kalangan rakyat Malaysia.

Tudung Bawal Bella Crystal

Hijab kini sudah mengalami satu revolusi perubahan rekaan yang cukup menarik dimana rekaan hijab moden kini sudah menarik minat golongan dari pelbagai peringkat usia untuk memakainya. Dari seringkas-ringkas rekaan tudung bawal plain kosong sehingga ribuan batu dan manik tersusun di atas hamparan hijab semata-mata untuk memenuhi citarasa peminatnya.

Tudung Bawal Bella Crystal menjadi koleksi terbaru Bella Ammara

Seiring dengan perkembangan fesyen hijab semasa juga. Bella Ammara turut untuk tidak ketinggallan mengeluarkan koleksi-koleksi hijab terbaru yang mesra muslimah. Koleksi terbaru yang bakal menerjah pasaran pada august 2002 ini ialah koleksi yang cukup cantik, cukup menawan, cukup memikat siapa yang memandang.

Tudung Bawal Bella Crystal merupakan koleksi hijab terbaru dari Bella Ammara ini hadir dengan 10 warna pilihan yang menjadi kegemaran peminat-peminat Bella Ammara di luar sana. Antara warna yang ada ialah:

Saiz Tudung Bawal Bella Crystal ini ialah bidang 45″. saiz kegemaran rakyat Malaysia terutama golongan remaja dan dewasa. Jika kena dengan cara pakainya, ia boleh kelihatan lebih labuh dah sejuk mata memandang.

Antara ciri unik lain yang terdapat pada Tudung Bawal Bella Crystal ini ialah kemasan susunan Rhinestone di bucu dan tepi bawal bidang 45 ini. Susunan yang cukup simple tapi kelihatan lebih esklusif dan mahal. Manakala Premium Cotton Voile pula fabrik pilihan utama untuk koleksi kali ini kerana sifatnya lembut, selesa serta lightweight flowing material.

Anda boleh dapat koleksi Tudung Bawal Bella Crystal ini dengan harga pengenalan RM29/pcs dan RM99 untuk 5pcs. Anda dapat berjimat RM46.

Cara Penjagaan Tudung Bawal Bella Crystal :

  • Gantung untuk pengeringan secara normal.
  • Basuh secara berasingan dengan pakaian yang lain.
  • Elakkan basuh menggunkan mesin basuh, Hanya menggunakan basuhan tangan sahaja.
  • Hanya menggunakan sabun atau detergen yang lembut sahaja.
  • Jangan rendam terlalu lama bagi mengelakkan perubahan warna pada fabrik.
  • Elakkan menggunakan berus yang keras, kasar atau menyental secara kuat kerana boleh menjejaskan struktur fabrik.
  • Seterika pada suhu yang rendah dan minimum dan juga apabila perlu sahaja.

Jangan Lupa Dapatkan Bella Bawal Plain Crystal Terkini dari Bella Ammara Sekarang dengan Harga Promosi Sehingga 31 August 2022 ini. Harga Pengenalan yang sangat berbaloi untuk di miliki.

Boleh Dapatkan juga Koleksi Tudung Bawal Bella Crystal Di Butik-butik Bella Ammara Yang Berdekatan Dengan Anda :

  • Bella Ammara Kuala Lumpur (Jalan Genting Kelang)
  • Bella Ammara Shah Alam (Seksyen 7 Shah Alam)
  • Bella Ammara Sungai Petani (Bandar Amanjaya)
  • Bella Ammara Johor Bahru (Bandar Baru Uda)
  • Bella Ammara Bangi (Bangi Sentral)

Kami juga membuka peluang kepada mereka yang ingin menjana income dengan program Affiliate (Promo Link Jer) koleksi online kami di Bella Ammara dimana anda akan mendapat Komisen bermula 7% Sehingga 15% setiap koleksi yang terjual.

Jika berminat dengan Program Affiliate (Promo Link Jer). Boleh Tekan Link ini Program Affiliate.

Untuk melengkapkan dan memenuhkan ruang di dalam almari pakaian anda, Jom membeli belah koleksi lengkap kami secara atas talian dan ikuti sosial media kami untuk dapatkan informasi mengenai perkembangan fesyen terkini, koleksi keluaran terbaru dan juga promosi terbaru daripada kami.

Boleh juga dapatkan koleksi bella bawal printed di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Shipping Semenanjung Malaysia

On all orders above RM500

Easy 30 days returns

30 days money back guarantee

High Quality Product

for all our product

100% Secure Checkout

PayPal / MasterCard / Visa