Shopping Cart

Manis Tanpa Gula

Kurang Lebih Baik – Hidup Lebih Manis Tanpa Gula !

Dalam kehidupan, manis merupakan satu sumber rasa yang membawa satu kenikmatan kepada pemakannya. Setiap orang mempunyai kadar pengambilan gula yang berbeza pada setiap hari. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan pula terpaksa mengawal dan mengehadkan pengambilan gula seperti yang disarankan oleh doktor terutama bagi pesakit-pesakit kronik dan kritikal seperti diabetis, buah pinggan dan seumpamanya.

Namun, Kehidupan juga lebih manis tanpa gula. tak semestinya kita bergantung harap pada manisan gula sahaja. Dunia sudah mencapai perkembangan teknologi semasa. Pelbagai alternatif gula yang baik untuk kesihatan sudah banyak dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan ramai seperti gula nano, stevia dan sebagainya.

Apa itu gula?

Gula merupakan satu karbohidrat ringkas yang membekalkan tenaga segera dan mudah diserap oleh badan bagi membolehkan badan manusia itu terus berfungsi. Namun, jika ianya diambil secara berlebihan boleh mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikkan. Jadi, kurangkan gula tapi hidup lebih manis tanpa gula yang berlebihan.

Manis Tanpa Gula

Terdapat dua jenis gula yang sering digunakan iaitu gula semulajadi dan juga gula tambahan. Gula semulajadi membawa maksud gula asli yang terdapat di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu, nasi, roti dan sebagainya. Manakala gula tambahan ialah gula yang ditambah semasa proses pembuatan makanan untuk meningkatkan rasa dan warna makanan.

Corak pengambilan gula di Malaysia

Berdasarkan kajian pengambilan gula dikalangan orang dewasa Malaysia pada tahun 2002/2003 mendapati orang dewasa Malaysia menambah dan menggunakan sekitar 7 sudu teh pemanis ke dalam sumber makanan mereka yang dipecahkan kepada 4 sudu teh gula dan 3 sudu teh susu pekat manis. Angka ini amat membimbangkan kerana ia telah melepasi saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan juga Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan hanya 3 sudu teh gula atau maksimum 50 gram gula yang perlu di ambil dalam sehari.

Kesan pengambilan gula yang berlebihan

Pengambilan gula berlebihan menyebabkan berlaku penyimpanan tenaga berlebihan di dalam badan jika anda seorang yang tidak melakukan senaman atau aktiviti yang menggunakan tenaga. Tenaga berlebihan di dalam badan yang tidak disingkirkan dalam waktu jangka masa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan berlakunya obesiti. Keadaan akan menjadi lebih serius jika pengambilan diet makanan harian mengandungi lemak yang tinggi dan kurang aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Tinjaun kesihatan dan morbiditi kebangsaan (National Health and Morbidity Survey,NHMS) III, 2006 mendapati sekitar 29.1% orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan yang berlebihan manakala 14% berada pada tahap obesiti. Tinjauan terbaru ini telah menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding dengan NHMS,II pada tahun 1996 di mana 16% memiliki berat badan yang berlebihan dan 4% berada pada tahap obesiti.

Mempunyai berat badan yang berlebihan dan juga obesiti membawa kepada beberapa masalah di kemudian hari di mana akan berlakunya masalah penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan risiko serangan penyakit jantung. Berdasarkan pada kajian yang sama, pesakit diabetes yang berumur lebih 30 tahun dan ke atas pada tahun 1996 adalah sebanyak 8.6% dan meningkat kepada 14.9% pada tahun 2006.

Pengambilan gula yang berlebihan juga boleh dikaitkan dengan pembentukkan karies gigi (dental carries) iaitu kondisi di mana gigi pesakit berlubang. Kebanyakkan kes berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan ke atas. Kajian pada tahun 2005 menunjukkan 76.5% kanak-kanak berumur 5 tahun menghadapi masalah karies gigi ini dan dan pada tahun 1996 pula menunjukkan kes di mana 80.9% kanak-kanak berumur 6 tahun mengalami masalah gigi berlubang.

Kurang lagi baik

Kurangkan makanan yang bergula seperti tukarkan kek, biskut dan aiskrim kepada pilihan makan yang lebih sihat yang mengandungi gula semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin yang direbus dan elakkan juga makanan yang berminyak. Kecilkan saiz hidangan seperti pencuci mulut dan had kan pengambilan hanya sekali sehari disamping elakkan makanan yang tidak manis tapi mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Kurangkan meminum minuman yang manis seperti air berkarbonat, air kotak, dan seumpamanya yang mempunyai gula tambahan. Galakkan diri anda untuk meminum air masak atau susu semasa menikmati hidangan utama dan juga sekadar untuk menghilangkan haus. Anda juga disarankan untuk meminum jus buah-buahan, Namun anda juga diminta juga berhati-hati untuk tidak terlalu kerap meminum jus kerana sesetengah buah-buahan mengandungi kandungan gula semulajadi yang tinggi.

Pilih produk yang kurang gula atau sebaiknya tanpa gula. Baca panel maklumat kandungan bahan pada setiap label bungkusan makanan yang ingin dibeli dan bandingkan dengan produk yang lain. Semak senarai kandungan gula yang terdapat di dalam makanan tersebut atau nama lain bagi gula ialah sukrosa, sirap, jagung atau karamel. Jika senarai permulaan bahan itu adalah gula, maka gula adalah bahan utama di dalam pembuatan makanan tersebut.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi, elakkan memberi makanan yang manis dan tinggi gula pada kanak-kanal seawal berusia 1 tahun. Kurangkan gula di dalam setiap penyediaan masakan untuk diberikan kepada kanak-kanak. Hindari memberi ganjaran makanan atau snek yang manis dan mengandungi kandungan gula yang tinggi kepada kanak-kanak.

Contoh kandungan gula dalam kuih tempatan
Contoh kandungan gula dalam minuman berbungkus

Rujukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Shipping Semenanjung Malaysia

On all orders above RM500

Easy 30 days returns

30 days money back guarantee

High Quality Product

for all our product

100% Secure Checkout

PayPal / MasterCard / Visa