Shopping Cart

Jenama Telekung Terbaik

10 Jenama Telekung Terbaik Malaysia

Solat 5 waktu sehari semalam merupakan perkara yang wajib bg seseorang yang beragama Islam. Keselesaan dalam beribadah juga menjadi perkara yang perlu dititik beratkan untuk kita khusyuk dan tawaduk kepada yang Maha Esa.

Jenama #TelekungTerbaik Malaysia

Bagi kaum hawa,telekung terbaik merupakan persalinan yang wajib memberikan keselesaan dan ketenangan kepada si pemakainya. Tidak sukar untuk mencari jenama telekung malaysia di Malaysia kerana terdapat pelbagai jenama yang besar menghasilkan telekung terbaik 2022 dan berkualiti tinggi.

Telekung adalah antara hadiah yang sangat digemari oleh orang yang memakainya. Ia bukan kerana fabrik ia dibuat, sebaliknya, warna dan reka bentuk yang digunakan di dalamnya. Gabungan warna dan reka bentuk serta sulaman istimewa menjadikan ia kelihatan sangat cantik dan berbaloi untuk dipakai. Selain itu, telekung boleh dipakai dengan selesa untuk solat, kerana kain yang digunakan di dalamnya tidak jarang dan tidak tebal. Oleh itu, ini akan menjadi hadiah yang hebat untuk orang tersayang yang menghargai barangan tersebut.

Ramai orang teragak-agak untuk membeli telekung kerana mereka tidak pasti bagaimana ia akan kelihatan atau sesuai. Walau bagaimanapun, telekung telah berkembang pesat dari segi gaya dan reka bentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan ramai pelanggan melaporkan gembira dengan pembelian mereka. Telekung boleh dipakai untuk apa-apa jenis solat, tetapi paling biasa digunakan untuk Solat (solat fardhu lima waktu).

Jom kita lihat 10 Top #JenamaTelekung Terbaik di Malaysia.

1. Bella Ammara

Bella Ammara yang ditubuhkan pada tahun 2012 oleh Belle Al-Yahya ini telah mengeluarkan pelbagai koleksi telekung yang berkualiti sehingga kini. Kebanyakkan koleksi telekung Bella Ammara menggunakan fabrik Cotton Polyester yang menjadikan telekung paling sejuk dan memberikan keselesaan disamping fabrik dari jenis yang ringan.

Antara koleksi terbaru dari Bella Ammara ialah Telekung Sharifah Isnain yang dikeluarkan dengan 2 warna hitam dan putih dengan pilihan corak sulaman berwarna asas kain dan silver. Amat sesuai dijadikan sebagai telekung solat harian, telekung travel mahupun sebagai telekung hari raya. Anda boleh dapatkan Telekung Sharifah Isnain yang terbaru di Bella Ammara di sini Saya Nak Beli

Telekung Bella Ammara juga menjadi pilihan pengemar di luar sana untuk dijadikan sebagai hantaran perkahwinan, pertunangan dan hadiah kepada yang tersayang. Dengan tambahan sebanyak RM49, anda juga boleh Customize Nama atau Sulam Nama anda pada koleksi telekung Bella Ammara seperti Telekung Kirasha, Telekung Sharifah Exclusive, Telekung Sharifah Royale ataupun mana-mana produk Bella Ammara yang anda inginkan.

2. Siti Khadijah

Antara telekung terbaik yang seterusnya ialah jenama Siti Khadijah ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Puan Padzilah Enda Sulaiman, telah bertapak di dalam industi pakaian muslimah lebih dari 10 tahun. Koleksi telekungnya yang esklusif dan premium mampu menggugat kaum hawa untuk memilikinya. Namun, ada harga yang perlu dibayar untuk memilikinya.

Siti Khadijah menawarkan keselesaan yang maksimum pada telekungnya, saiz yang sesuai dan dijamin dengan keperluan tempatan. Disamping itu juga, fabrik yang digunakan tahan lasak dan haus kerana telekung merupakan pakaian penggunaan harian.

Siti Khadijah juga ada mengeluarkan koleksi terhad dan antara telekung paling mahal yang pernah dihasilkan.

3. Telekung Tea

Telekung Tea atau dikenali sebagai Telekung Era Alem (TEA) antara telekung terbaik yang ada di Malaysia, telekung jenama ini dapat memberikan keselesaan kepada si pemakainya dan rekaan telekungnya juga yang sangat menarik menjadikan telekung cantik dan manis untuk dipandang.

Telekung Tea boleh didapati dalam pelbagai jenis warna dan corak. Rekaan Telekung Tea ini menggabungkan rekaan tradisional dan moden bersesuaian dengan citarasa wanita sekarang.

4. Telekung Najjah

Najjah ditubuhkan pada tahun 2009 dan sudah berada di dalam pasaran melebihi satu dekad. Jenama yang patut disenaraikan sebagai jenama telekung selesa sebaris dengan jenama telekung-telekung yang lain. Selain telekung, Najjah juga mengeluarkan pakaian muslimah moden yang menepati ciri dan keselesan sebagai seorang muslimah.

Telekung Najjah popular dengan telekung berpoket dan dengan kelebihan poket ini kita merasa selamat untuk menyimpan barang. Salah satu ciri yang banyak ada pada brand-brand lain.

5. Telekung De Humaira

Dengan Telekung De Humaira, anda tak perlu lagi risau untuk terlupa untuk membawa telekung apabila travel. Telekung ini direka khas untuk dibawa ke mana sahaja termasuklah ke masjid, surau dan sebagainya.

Pelbagai pilihan corak dan warna untuk dipilih disamping Telekung De Humaira juga mengeluarkan telekung untuk saiz kanak-kanak.

Jenama ini memiliki kualiti yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Yang penting ringkas, selesa dan mesra perjalanan. tiada alasan lagi solat dalam keadaan tidak selesa.

6. Telekung al kauthar

Telekung Al-Kauthar salah satu jenama terbaik yang tidak asing lagi bagi Muslimah moden yang mahukan telekung yang tampak eksklusif dan elegan.

Telekung  Al-Kauthar juga dijahit oleh pengusaha tempatan (buatan Malaysia) dengan jahitan yang kemas dan mengikut syariat. Penggunaan kain jenis yang tidak panas memberikan impak kepada si pemakai supaya sentiasa selesa walaupun lama bertelekung.

Al-Kauthar sudah memiliki lebih daripada 20 cawangan di seluruh Malaysia dengan menawarkan telekung yang berkualiti tinggi dari segi jahitan dan kualiti.

7. Telekung Zawa Awliya

Telekung Zara Awliya menawarkan telekung yang diperbuat daripada fabrik kapas dan sutera premium Jepun bagi menjamin keselesaan yang maksimum kepada pengguna.

Menepati konsep mesra pengguna, Zara Awliya juga menjadi one stop center dalam menyediakan pelbagai kelengkapan umrah dan haji.

Oleh itu, Telekung Zara Awliya semestinya telekung yang mudah dibawa bersama ke mana sahaja tanpa mengira tempat dan waktu disamping dengan set telekung dan beg “travel” sama warna yang menarik.

Dengan harga yang berpatutan serta koleksi yang menarik, Telekung Zara Awliya sudah pasti menjadi pilihan Muslimah sebagai jenama telekung terbaik untuk dimiliki.

8. Telekung Kareful

Telekung Kareful mempunyai pelbagai reka bentuk corak dan warna yang menarik yang anda boleh pilih. Telekung keluaran jenama ini diperbuat dari fabrik kapas dan dihalusi dengan hiasan serta corak bunga-bunga yang cantik.

Ia juga disertakan sekali dengan beg travel yang cantik dan comel yang sepadan dengan Telekung Kareful yang pasti digemari kaum hawa moden. Dengan beg ini juga, sudah pasti akan memudahkan urusan anda di luar untuk mebawa telekung ini kemana sahaja.

9. Telekung Aleena

Telekung Aleena menghasilkan rekaan telekung yang selesa menggunakan fabrik kapas dan campuran polyester.

Disamping itu, Aleena juga menghasilkan rekaan menarik dengan teknik sulaman yang cantik, dan juga mempunyai pelbagai warna yang menarik untuk dipilih.

Telekung Aleena didatangkan dalam “free size” bagi kemudahan dan keselesaan pengguna, tidak kira sama ada remaja atau dewasa.

10. Telekung Zaahara

Telekung Zaahara terkenal dengan pelbagai reka bentuk telekung dan mampu menjamin keselesaan untuk si pemakainya.

Telekung Zaahara mempunyai pelbagai reka bentuk, warna, keselesaan yang dapat memenuhi kepelbagaian citarasa pelanggan, malah ia juga menawarkan harga berpatutan bagi mereka yang mahukan sentuhan mewah, tetapi dengan harga mampu milik.

Apapun, pilihan terletak di tangan untuk memiliki sepasang telekung yang terbaik buat anda. Citarasa adalah berlainan bagi setiap orang. Tiada istilah telekung mahal jika anda mampu memilikinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Shipping Semenanjung Malaysia

On all orders above RM500

Easy 30 days returns

30 days money back guarantee

High Quality Product

for all our product

100% Secure Checkout

PayPal / MasterCard / Visa