Shopping Cart

10 Jenama Tudung Bawal

Top 10 Jenama Tudung Bawal Di Malaysia

Gelombang fesyen kini semakin berkembang pesat di dalam dan luar negara. Terutama di dalam segmen hijab yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan, ada sahaja di keluarkan oleh brand-brand fesyen yang aktif.

10 Jenama Tudung Bawal Terkini

Bertudung menjadi satu aliran tersendiri dalam dunia fesyen masa kini. Dengan permintaan yang tinggi dalam pasaran, setiap wanita berhijab hari ini boleh memilih tudung kesukaan mereka mengikut ciri masing-masing. Tudung memainkan peranan dalam diri setiap individu Muslim kerana ia memberikan identiti dan personaliti kepada si pemakai. Golongan wanita bertudung kini semakin obses untuk memakai hijab mengikut fesyen dan trend terkini.

Kepelbagaian jenama pada hari ini memberi variasi kepada penggemar tudung. Kalau ingin bercakap tentang Jenama tudung di Malaysia, memang tak habis nak menulisnya, tapi cukuplah kita kenali 10 jenama tudung bawal di malaysia.

1. Bella Ammara

Ditubuhkan pada tahun 2012, Bella Ammara tidak asing lagi di dalam dunia fesyen berhijab di mana sentiasa mengeluarkan koleksi hijab yang terbaru terutama bagi kategori tudung bawal cotton dan tudung bawal satin. Dengan pemilihan fabrik yang bersesuaian dan selesa, ia menjadi pengemar fesyen berhijab moden untuk menggunakan brand ini.

Rekaannya yang moden kontemporari pasti menambat citarasa sesiapa sahaja untuk mencuba dan mengayakan koleksi-koleksi hijab dari Bella Ammara. Yang terbaru, Bella Ammara telah mengeluarkan satu rekaan tudung bawal yang begitu cantik dan esklusif iaitu Tudung Bella Bawal yang mengetengahkan 15 rekaan cetakan warna penuh pada bawal tersebut.

Nak Lihat Tutorial Bawal Simple dan Cantik Boleh Subscribe Youtube Bella Ammara

Jangan Lupa Follow Instagram dan Facebook Bella Ammara untuk lihat Review tudung bawal

2. Naelofar

Jenama tudung bawal yang diasaskan ikon fesyen dan selebriti popular Neelofa menjadi contoh dalam industri Muslimah Fesyen. Bertemakan konsep segar, tudung jenama Naelofar menjadi kegilaan bagi wanita bertudung yang suka bergaya.

Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, Naelofar Hijab berjaya mencetus fenomena dengan rekaan shawl, bawal dan turban sekali gus menjadi trend setter fesyen berhijab di Malaysia. Harga bagi setiap tudung yang dijual sangat berpatutan dan mampu milik.

3. Bawal Exclusive

Pengeluar tudung mewah terkenal, Bawal Exclusive pernah memperkenalkan sehelai tudung bawal exclusive bernilai RM100,000 dan tercatat sebagai tudung termahal oleh Malaysia Book Of Records . Bawal Exclusive juga selalu viral dengan produknya yang harga beribu-ribu ringgit dan semestinya menjadi impian bagi peminat tudung bawal.

4. Ariani

Jenama Tudung Bawal Ariani antara jenama popular yang sering digayakan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza (Duta Ariani). Sebelum ini ramai yang menganggap tudung bawal Ariani adalah khas untuk golongan wanita berumur dan berstatus tinggi.

Tetapi selepas penampilan Mira Filzah sebagai ikon Ariani yang terkini merubah corak dan tanggapan pelanggan terhadap jenama tudung Ariani. Ramai pelanggan baru yang mula tertarik dengan variasi Ariani terbaru kerana mempunyai corak, material dan warna yang lebih segar.

5. Tudung People

Selendang sutera untuk kain yang sempurna, kain kapas Jepun untuk keselesaan ringan, krep untuk rupa feminin yang menawan – Tudung People, tudung untuk semua! Sebut sahaja Tudung People, sangat dekat dengan golongan muda.

Mempunyai pelbagai warna dan corak, ianya sangat sesuai bagi digayakan oleh setiap wanita. Bukan sahaja mesra poket, Tudung People ini juga telah mengeluarkan pelbagai jenis tudung untuk golongan kanak-kanak perempuan yang ingin bertudung. Material Tudung People dihasilkan menggunakan bahan yang selesa terutama dengan cuaca negara kita

6. Radiusite

Pengaruh model dan selebriti yang menggayakan tudung jenama ini menjadi penyumbang besar kepada peningkatan populariti Radiusite. Pengaruh jenama ini sebagai pelopor terawal trend hijab juga menyumbang kepada kejayaan Radiusite.

7. Duckscarves

Vivy Yusof merupakan pengasas Duckscarves berjaya melonjakkan jenama ini berada sebaris dengan nama-nama popular lain yang lebih dahulu berada di pasaran sebelum ini.

Duckscarf merupakan produk di bawah Fashion Valet dianggap sangat premium menjadi kegilaan wanita berhijab. Menjadi kebanggaan bagi setengah-setengah wanita apabila dapat memakai tudung jenama ini kerana begitu ekslusif. Sudah pasti harga yang dipasarkan agak tinggi berbanding jenam-jenama lain.

Teknologi fabrik yang digunakan menjadikan tudung ini selesa untuk dikenakan dan paling penting reka coraknya yang cantik dan sesuai dipakai pelbagai golongan usia.

8. Kekaboo

Jenama Tudung Bawal Kekaboo sangat dikenali oleh peminat tudung bawal ataupun tudung empat segi. Coraknya sangat kena dengan masyarakat asia. Jangan terkejut kalau pereka tudungnya adalah seorang lelaki. Lelaki pun tahu citarasa seorang wanita.

9. Fareeha

Team pemasaran untuk jenama tudung bawal Fareha memang memainkan peranan yang cukup baik memasarkan jenama ini untuk dikenali beberapa tahun sahaja. Mana tidaknya, kanak-kanak kecil juga mengenali jenama ini menerusi pelbagai iklan di kaca televisyen atau radio.

Jenama tudung bawal Fareha antara fenomena terbaru dalam kalangan wanita, terutama dalam siri tudung bawal yang dihasilkan. Ramai hijabista dan wanita Muslim bertudung berpeluang memakai tudung ekslusif tetapi dengan harga yang rendah dengan jenama Fareha.

10. Alhumaira

Jenama Tudung Bawal Alhumaira bertapak agak lama di Malaysia, jenama hijab yang sinonim dengan corak abstrak dan cetakan flora sebagai simbolik dalam rekaan tudungnya masih kekal menampilkan ciri kesopanan pemakai.

Terdapat dalam beberapa jenis warna dan gaya, jenama tudung Alhumaira ini mementingkan gaya yang minimalis dan eksklusif kepada si pemakai untuk tampil cantik sepanjang hari.

Alhumaira mempunyai beberapa butik antaranya di Selangor iaitu di Shah Alam dan Bangi selain di Alor Setar, Kedah. Ejen Jenama Tudung Bawal Alhumaira juga terdapat di Brunei, Singapura dan Thailand. Koleksi Alhumaira yang berlainan sememangnya bakal memenuhi cita rasa wanita masa kini.

Apa pun, masih banyak lagi jenama tudung bawal lain yang terkenal yang masing-masing mempunyai kekuatan, kelebihan dan keunikan yang tersendiri. Semuanya bergantung kepada anda untuk memilih yang mana mampu memenuhi citarasa anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Shipping Semenanjung Malaysia

On all orders above RM500

Easy 30 days returns

30 days money back guarantee

High Quality Product

for all our product

100% Secure Checkout

PayPal / MasterCard / Visa