Shopping Cart

jenama baju renang

5 Baju Renang Muslimah Paling Berkualiti Di Malaysia

Berenang merupakan salah satu sukan yang menyihatkan badan, menguatkan kecerdasan minda disamping menjadi pembakar kalori yang tinggi dalam jangka waktu yang singkat.

Jenama Baju Renang Muslimah yang menepati syariat Islam

Dengan itu, Baju Renang Muslimah merupakan salah satu pakaian penting yang perlu ada di dalam melakukan aktiviti ini. Namun, kebanyakkan pasaran baju renang muslimah malaysia terutamanya, kekurangan kedai baju renang muslimah yang mempunyai ciri-ciri Muslimah yang menutup aurat dan menjaga tatasusila kesopanan seorang Muslimah.

Walaupun begitu, anda jangan berduka dan disini kami senaraikan 5 Baju Renang Muslimah yang terbaik dan berkualiti untuk anda miliki.

1. Jenama Baju Renang Terkini : BAkini Bella Ammara 2022

  • 🟒 Breastfeed Friendly
  • 🟒 Percuma Scarf dan Stoking
  • 🟒 Snap button di antara seluar dan baju untuk mengelakkan baju terselak apabila berada di dalam air
  • 🟒 Kain yang sejuk dan ringan
  • 🟒 Ada rekaan cape yang menutupi dada
  • πŸ”΄ Tiada saiz 3XL dan ke atas

“Alhamdulillah.. Baju dah terima dalam keadaan yang baik. Cantik dan esklusif sangat baju ni. Full set dengan tudung dan stoking.. siap ada free gift lagi.”

Baju renang yang mendapat sambutan hangat dikalangan peminatnya. Kini Bella Ammara hadir dengan BAkini 3.0 yang semestinya penuh dengan ciri-ciri baru untuk keselesaan penggunanya.

Rekaan BAkini hadir sebagai “2 pieces design” untuk memudahkan pengguna memakai dan menanggalkan pakaian renang ini tanpa sebarang masalah.

Ciri-ciri BAkini ini adalah fabriknya 82% nylon dan selebihnya spandex yang memberikan keselesaan semaksimum yang mungkin semasa berada di dalam air mahupun di daratan. Selain itu, ciri-ciri keselamatan seperti “Snap ON Button” di antara baju dan seluar renang, dan juga “Thumb Hole” di hujung lengan baju untuk mengelakkan pakaian renang terselak ketika berada di dalam air.

Disamping itu, dengan tambahan sebanyak RM69, anda boleh memiliki sepasang sheer cardigan yang dijahit khas untuk digunakan bersama dengan BAkini ini.

Saya nak tengok video BAkini 3.0

2. Jenama Baju Renang Kimtuniq by Kimyra

  • 🟒 Cutting-A yang tidak ketat dan tidak mengikut bentuk badan
  • 🟒 Fabrik yang berteknologikan flexicool yang sejuk, selesa, tak jarang dan bersesuaian dengan pelbagai aktiviti
  • 🟒 Gabungan baju dan skir pada 1 pakaian
  • 🟒 Breastfeeding friendly
  • πŸ”΄ Masa penghantaran 7-10 hari

Produk Kimtuniq Kimyra yang memenuhi kriteria yang penting bagi Muslimah untuk berenang, dan melakukan pelbagai beraktiviti

Baju swimming Kimyra boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, bukan setakat berenang sahaja, malah ianya boleh digunakan untuk bersenam, berjogging, hiking, cycling, dan cantik dipakai untuk berjalan-jalan. All in one apparel.

Bukan itu sahaja, Kimtuniq ini mempunyai pebagai design yang sesuai dengan citarasa anda.

Bukan sekadar features nya menepati keperluan seorang Muslimah, malah ianya multifungsi. Jadi anda akan lebih jimat, dengan satu pakaian ini, anda dapat pakai untuk melakukan pelbagai aktiviti.

3. Jenama Baju Renang Ocean Baju by Matsalleh Design

  • 🟒 Fabrik yang tahan dari sinaran UV dan klorin
  • 🟒 Mempunyai ciri keselamatan ikatan tali untuk mengelakkn baju terselak semasa berada di dalam air
  • 🟒 Mempunyai pilihan hijab atau turban
  • πŸ”΄ Seluar jenis tight
  • πŸ”΄ Pilihan warna yang terhad

Bought this as my 2nd muslimah swimwear after the origami earth. Love every single bit of it. It gives all the coverage you need but in the same time looking chic. An instaworthy swimwear!

Jenama baju renang pakaian untuk kaum Hawa yang menitikberatkan penjagaan aurat ini pula menawarkan baju renang yang amat selesa dipakai sewaktu berada dalam air terjun atau kolam renang.Β 

Jenama baju renang Ocean swimwear dari Matsalleh Design ini mempunyai ciri dan citarasa modem di dalam rekaannya. Disamping memberikan keselesaan kepada si pemakai, ia juga mempunyai ciri keselamatan dari segi ketahanan daripada pancaran sinaran UV dan juga air yang mempunyai klorin terutamanya di kolam-kolam renang.

Rekaan yang segar dengan farbrik cetakan penuh pasti terasa anggun pada si pemakainya. Anda diberi pilihan untuk digayakan bersama hijab atau turban.

4. Tropical Baju Renang Muslimah by Pink & Proper

  • 🟒 Rekaan cetakan fabrik penuh
  • 🟒 Terdapat sehinggal saiz 4XL
  • πŸ”΄ Pilihan warna yang terhad
  • πŸ”΄ Hijab dijual berasingan

Baju renang jenama Pink & Proper ini sangat ideal dipakai oleh wanita muslimah yang gemar berenang ketika waktu lapang. Ini kerana potongan bajunya agak labuh dan menutup punggung dengan baik dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Rekaan cetakan fabrik penuh ilham daripada bunga tropika.

Bagi yang mempunyai saiz badan yang besar, ini mungkin boleh menjadi salah satu rekaan untuk dimasukkan ke dalam checklist anda kerana pilihan saiz sehingga XS ke 4XL.

Dengan menggunakan material Polyblend, mampu menangkis sinaran UV sehingga 90% dan UPF dari 40 hingga 50%. Fabrik yang sesuai untuk dijadikan sebagai baju renang.

5. Jenama Baju Renang Farha by Haleema

  • 🟒 Rekaan zip dibahagian depan untuk memudahkan pemakaian baju
  • 🟒 Mempunyai ciri keselamatan semasa berada di dalam air untuk mengelakkan baju terangkat
  • 🟒 Extra Size sehingga 6XL
  • 🟒Terdapat pelbagai pilihan corak baju
  • πŸ”΄ Corak cetakan pada baju dibahagian depan sahaja

Jika anda tergolong dalam golongan wanita muslimah yang mahukan sesuatu yang ringkas untuk aktiviti riadah air atau ketika bercuti di pulau, pakaian renang keluaran jenama baju renang Haleema ini patut menjadi shortlist pilihan anda

Jenama Baju Renang Farha swimwear rekaan Haleema memiliki potongan baju yangΒ lurus dan longgar, tidak terlalu ketat. Ia dapat membantu melindungi penampakkan bentuk badan.

Rekaan baju renang tidak bersambung dengan seluar dan terdapat tali yang boleh diikat pada seluar bagi mengelakkan baju terangkat ke atas. Zip baju juga terletak di bahagian depan bagi memudahkan pemakai untuk memakai dan menyalin pakaian, 

Walaubagaimanapun, sebagai seorang muslimah perlu mengambil kira faktor dan aspek-aspek yang berkenaan yang bersesuaian dengan syariat islam dalam memilih pakaian renang untuk aktiviti riadah dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Shipping Semenanjung Malaysia

On all orders above RM500

Easy 30 days returns

30 days money back guarantee

High Quality Product

for all our product

100% Secure Checkout

PayPal / MasterCard / Visa