Shopping Cart

Jubah Terbaik

5 Jenama Jubah Terbaik Di Malaysia

Pada zaman kini, Jubah merupakan busana muslimah yang diminati bagi kaum hawa yang sukakan pakaian labuh dan longgar. Bukan itu sahaja, rekaan yang menawan dan cantik juga telah menjadi keutamaan para wanita supaya dapat digayakan pada setiap hari atau dipakai semasa hari perayaan.

Jenama Jubah Terbaik

Beberapa tahun yang lalu, Jubah dikenali hanya memiliki satu warna sahaja iaitu Hitam. Namun seiring dengan perkembangan zaman jubah menjadi semakin bervariasi. Kini Jubah sudah hadir sebagai jubah fesyen dengan pelbagai tona warna dan bentuk yang menarik mengikut citarasa dan gaya moden bahkan ada jubah yang menggunakan sulaman untuk kelihatan lebih mewah.

Kini di Malaysia jubah sudah menjadi fesyen bagi para wanita yang islam bahkan wanita yang bukan beragama islam juga turut memakainya. Banyak jenama yang terkenal telah mengeluarkan jubah yang cantik.

Senarai dibawah merupakan 5 jenama jubah terbaik di Malaysia.

1. Bella Ammara

Bella Ammara ditubuhkan pada 26 Julai 2012 serta memiliki reputasi jenama produk-produk sebagai pengeluar pakaian fesyen muslimah No.1 di Malaysia. Pengasas iaitu Belle Yahya dan suami Khalif samsudin mempunyai kekuatan dan kecekapan yang tersendiri untuk mencapai kejayaan dalam perniagaannya.

Setiap busana Muslimah yang dikeluarkan oleh Bella Ammara pastinya sangat eksklusif dan elegan kerana setiap produk yang dikeluarkan akan ditumpukan kepada kualiti jahitan, reka bentuk serta keselesaan untuk para wanita yang muslimah.

Ammara Jubah ditampilkan pada tahun 2021 yang mempunyai keunikan terbaru dengan sulaman Khas pada pergelangan tangan. Bukan itu sahaja, bahan fabrik yang digunakan adalah como crepe yang diimport dari luar negara.

Setiap jubah terbaik yang dihasilkan adalah untuk memudahkan golongan ibu yang menyusukan bayi kecil dan bukaan lengan mampu hingga ke siku untuk mudahkan wanita Muslimah untuk berwudhu. Ammara jubah dapat digayakan pada bila-bila masa sahaja.

Follow Facebook Bella Ammara

2. Naelofar

Naelofar merupakan jenama pakaian sederhana yang diasaskan oleh selebriti dan usahawan terkemuka Malaysia, Neelofa pada tahun 2014.Melalui misinya beliau mahu menyediakan harga yang boleh diakses dengan pilihan kualiti premium, rangkaian hijab, pakaian, beg dan aksesori Naelofar yang bergaya telah mencapai hati pencinta fesyen sederhana di seluruh dunia, iaitu Singapura, Indonesia, Dubai, Jerman, UK, AS dan banyak lagi.

Suri Overlap Lace Abaya merupakan antara koleksi jubah terbaik Naelofar dengan design jubah lace terkini. Abaya ini diperbuat daripada gabungan bahan satin sutera dan chiffon, Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengeluarkan sinaran cahaya yang lembut pada Abaya dengan adanya renda di pergelangan tangan dan bahagian bawah. Mempunyai zip tersembunyi untuk memudahkan para ibu menyusukan bayi kecil.

3. Sabella

Sebuah label fesyen yang dimiliki sepenuhnya oleh Sabella. Perniagaan yang dijalankan sejak 2016 hanya menjahit di sebuah bilik yang kecil. Pengasas yang berasal dari Terengganu iaitu Siti Fatimah Abdul Samat dan Mohd Sufian Sulaiman tetap berusaha sehingga menjadi peneraju pasaran untuk dress moden terkini di Malaysia. Sabella menjadi viral di kalangan pengguna Malaysia dengan tagline #bajukurungtanpagosok

Amara Jubah dan Jea Jubah adalah koleksi jubah terbaik dan terbaru dari Sabella. Ianya diperbuat daripada moss crepe yang diimport dari korea, jenis fabrik yang tidak perlu gosok dan sesuai dipakai untuk semua peringkat umur. Tentunya jubah ini mempunyai reka bentuk yang dapat menarik minat pelanggan untuk membeli.

4. LILIT

Sentuhan fesyen yang sederhana untuk #lilitwomen kontemporari. LILIT tercipta untuk menyerlahkan penampilan seseorang dengan pakaian yang bergaya dan sesuai untuk pergi ke setiap majlis. LILIT berusaha memenuhi keperluan semua wanita dengan menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi dan dapat memberi keselesaan pada wanita yang menyarungkan koleksi daripada LILIT.

Pelbagai koleksi jubah terbaik yang dikeluarkan oleh LILIT. Antaranya ialah jubah dress atau Caftan Dress yang diperbuat daripada poli chiffon dan sesuai untuk semua saiz badan. Ini merupakan keluaran koleksi LILIT yang terbaru untuk Hari Raya Haji. lliana Abaya ini pula keluaran Hari Raya Aidifitri yang didatangkan dengan renda pada cuf serta shawl hijab yang sedondon dengan Abaya.

5. Poplook

Jenama yang mengutamakan pilihan, kualiti, keterjangkauan, keterangkuman dan nilai kesedaran sosial yang membuatkan Poplook semakin maju dan terkenal. Fesyen sederhana tempatan Malaysia ini berharap dapat membantu semua wanita menjalani kehidupan melalui fesyen. Jenama Poplook ditubuhkan sejak 2009 dan telah memenangi pelbagai anugerah.

Poplook mengeluarkan pelbagai jenis pakaian, tudung beg tangan, kasut serta pakaian kanak-kanak. Koleksi yang baru ianya memfokuskan kepada perhiasan kristal, mutiara dan fabrik brokat. Reka bentuk yang sangat cantik supaya dapat menarik hati para pengguna.

Kini fesyen Jubah, Abaya atau Kaftan ini adalah fesyen yang sama, cumanya berlainan perkataan dan sebutan. Banyak brand yang telah mengolah fesyen jubah supaya menjadi jubah terbaiklebih moden dan kelihatan cantik mengikut trend terkini.

Bukan 5 brand ini sahaja yang terkenal dengan koleksi jubah terbaik mereka, bahkan banyak lagi brand-brand yang terkenal di seluruh Malaysia. Semuanya bergantung kepada anda sebagai seorang pembeli yang mahukan reka bentuk dan citarasa yang bagaimana. Jenis jubah lelaki juga tidak dilupakan dan menjadi trending mengikut arus perdana semasa.

Ketahuilah pakaian yang longgar dan labuh ini dapat menampakkan seorang wanita itu lebih cantik dan ayu ketika hadir ke suatu majlis.

One comment

  1. cantik dan menarik. minat utk mengetahu harga dan katelog seterusnya
    sasabela

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Shipping Semenanjung Malaysia

On all orders above RM500

Easy 30 days returns

30 days money back guarantee

High Quality Product

for all our product

100% Secure Checkout

PayPal / MasterCard / Visa