Shopping Cart

bes telekung

5 Best Telekung Pilihan Muslimah

Telekung Pilihan Muslimah 2022

Bermula tahun 2020 kita lihat permintaan telekung tiba melonjak naik dengan tinggi, Seakan Trend Telekung Semakin rancak di pasaran tempatan. Kita boleh lihat pelbagai design dan corak menarik yang di tampilkan pada jenama telekung tertentu.

Kebanyakan muslimah mencari Best Telekung Travel yang memudahkan mereka bawa ke mana mana sahaja telekung cantik pilihan mereka.Telekung Travel ini sangat diperlukan pada musim Covid ini kan. Nak masuk surau atau Masjid sudah di wajibkan kena bawa telekung travel sendiri.

Dari segi harga memang ada range harga bagi ikut kemampuan masing masing. Di pasaran ada Telekung Mahal dan Telekung yang murah tapi itu bergantung pada Kualiti dan Fabrik yang bersesuaian dengan Pengguna. Fabrik Cotton antara yang menjadi pilihan UTAMA Muslimah di Malaysia kerana ia ternyata amat selesa untuk solat dan sejuk.

Jom kita lihat Jenama Jenama UTAMA yang Menjadi Carian UTAMA di GOOGLE untuk Best Telekung Pilihan Muslimah

5 Best Telekung Pilihan Muslimah 2022

Jenama Terkenal Siti Khadijah

maxresdefault

Siti Khadijah antara mendominasi telekung di pasaran tempatan dan mendominasi permintaan telekung di malaysia sudah lebih 10 tahun di pasaran. Jenama Siti Khadijah Diasaskan Puan Padzilah Enda Sulaiman pada awal 2009 dan kini sudah ada 40 cawangan di dalam malaysia dan indonesia.

Ada Pelbagai Kategori Koleksi Telekung Siti Khadijah , antaranya adalah Signatures , Modish , Deco , Broderie dan Flair. Banyak warna warna yang menarik dan harga yang mampu milik.

Dapatkan info Telekung Siti Khadijah : https://sitikhadijah.com/

TELEKUNG TEA

2021 05 09

Antara carian kedua paling tinggi adalah adalah TelekungTea , Jenama ini sangat terkenal dalam pasaran ketika ini kerana corak dengan design bunga yang cantik dan warna telekung pastel yang menarik.
TelekungTea ada 10 cawangan ketika ini dan paling famous butik di Bangsar shopping Centre. Antara 9 Cawangan lain berada di KL East Mall , Seksyen 7 Shah Alam , Bangi Sentral , Sunway Putra Mall ,Prima Gombak , Sogo KL , Kuala Terengganu , Kotak Bharu dan Johor Bahru.
Harga TelekungTea juga sangat berbaloi untuk dimiliki dan ada pelbagai range harga yang boleh mengikut kemampuan anda.
TelekungTea ini sangat terkenal dengan Telekung Hadiah yang istimewa.


Dapatkan Info TelekungTea : https://telekungtea.com/

TELEKUNG ALEENA

image fokus.png

Bermula pada 2016 , Best Telekung Aleena sudah berkembang dengan cepat dengan design dan corak exclusive telekung. Telekung Aleena yang banyak fokuskan pada design muka telekung ini sangat unik dan harga yang perkenalkan pun sangat mampu milik pada mereka yang suka kan warna warna pastel.

Antara Design Telekung Terbaru yang baru dikeluarkan adalah Telekung Traveleena Nur yang mempunyai Corak 3D yang simple dan kemas di telekung.Dan Fokus telekung ini adalah untuk Travel ke Mana saja dan ia di designkan mudah dan di bawa ke mana sahaja. Antara yang menjadi pilihan UTAMA adalah telekung ini Ironless tidak mudah renyuk , takde lah rasa malu sangat nak solat dengan telekung kedut kedut kan.

Info Telekung Aleena : https://www.aleena.com.my/traveleena-nur/

Dah jumpa telekung sejuk dan selesa ke belum ni? Mesti Pening dah kan..Ada banyak Jenama yang hebat hebat ni kan. Cantik cantik design dan harga Pun Boleh tahan berbaloi.


Telekung Seterusnya adalah yang carian tinggi di google.

TELEKUNG DUCK

Telekung

Antara popular telekung brands dalam carian Google ada Telekung Duck yang sangat Premium dari Segi Design dan juga harganya. Duck yang sememangnya ada pengikutnya tersendiri yang sentiasa menyokong hingga kini. Best Telekung Jenama Duck tidak pernah mengecewakan dari segi Design dan Kualitinya. Dan kalau lihat di website www.fashionvalet.com mmg mostly kesemua design telekung duck ini memang sudah pun kehabisan stok.
Cantik dan Premium sememangnya Telekung Duck.

Seterusnya ada lah Carian Tertinggi di Google untuk Best Telekung

Bella Ammara

telekung kirasha

Antara Best Telekung Jenama Fashion Muslimah yang sudah 10 tahun di pasaran Muslimah dan bermula dengan 10 telekung pastel hingga kini masih relevan di dalam pasaran Telekung Malaysia. Terbaru kolaborasi khas bersama Fasha Sandha dan Zizi Kirana dalam koleksi Telekung Raya Bella Ammara iaitu Telekung Kirasha dan Telekung Sharifah Exclusive

Telekung Bella Ammara ada beberapa kategori , basic , medium dan premium.
Antara Design Premium Adalah Telekung Kirasha , Sharifah Royale dan Sharifah Exclusive
Untuk Design Medium , Telekung Sharifah Al yahya

best telekung

Dan Koleksi Terbaru Raya Haji , dalam kategori medium telekung juga yang Baru Sahaja Di Lancarkan June adalah Telekung Sharifah Isnain

Telekung Sharifah Isnain Ini Ada Dua Warna yang Sangat mendapat permintaan tinggi di pasaran hingga kini iaitu Telekung Sharifah White Isnain dan Telekung Sharifah Black Isnain yang keduanya sulaman Silver.
Harga Promosi Terkini RM159 dengan Free Gift Menarik Seperti , Sejadah Mini , Tasbih Digital , Box Exclusive dan Safety Parcel Box.

Dan Sekarang Bella Ammara Sedang Adakan Promosi Clearance Untuk Telekung Premium Sharifah Royale Hanya RM139 Sahaja dari Rm229. Grab Sekarang Ya

Maka inilah 5 Carian Utama Best Telekung Muslimah yang paling dicari di Google sehingga kini.
Dan harap ia bermanfaat dan memberi sedikit idea pada anda semua ya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Shipping Semenanjung Malaysia

On all orders above RM500

Easy 30 days returns

30 days money back guarantee

High Quality Product

for all our product

100% Secure Checkout

PayPal / MasterCard / Visa