Shopping Cart

Kaftan Naira

Kaftan Naira by Bella Ammara

Kaftan Naira by Bella Ammara

Kaftan merupakan salah satu pakaian yang cukup terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai cara, corak dan gaya pemakaian mengikut adat setempat. Kaftan selalunya dipakai sebagai pakaian kedua untuk lapisan luar, berlengan panjang dan labuh sehingga melepasi buku lali. Namun, bagi negara yang beriklim panas, kaftan dipakai sebagai pakaian yang longgar dan menggunakan fabrik yang ringan. Di dalam sesetengan budaya, kaftan diangkat sebagai pakaian diraja.

Kaftan Naira

Di Malaysia, pemakaian kaftan turut popular dikalangan masyarakat setempat lebih-lebih lagi ia menjadi trending dan kesukaan rakyat malysia selepas berlakunya episod duka di mana dunia diserang dengan wabak covid-19. Rakyat terpaksa berkerja dari rumah untuk meneruskan kehidupan seharian dan di sinilah trend pemakaian kaftan meningkat naik. Kaftan menjadi pilihan utama kerana ia mudah untuk disarung dan dipakai. Malah, lebih selesa memakai kaftan di rumah sambil bekerja.

Kaftan juga mengalami evolusi dari segi rekaan dan kegunaannya. Banyak jenama-jenama fesyen di Malaysia mencurahkan idea rekaan untuk menghasilakn kaftan yang cantik dan praktikal untuk dipakai.

Bella Ammara turut untuk tidak ketinggalan untuk mengikuti arus trend ini dan telah menghasilkan Kaftan Naira untuk peminat-peminat Bella Ammara di luar sana.

Kaftan Naira di datangkan dengan tiga warna pilihan iaitu White, Black dan Brown. Warna yang simple dan sesuai untuk dipakai di mana sahaja. Malah, Mudah untuk digayakan bersama-sama dengan warna hijab pilihan anda.

Kaftan Naira ini cukup unik di mana terdapat rekaan sequin pada lengan kaftan untuk membolehkan kaftan ini kelihatan lebih esklusif tapi tanda harga yang mampu milik. Rekaan kaftan muslimah cutting pasti menjadi pilihan wanita-wanita di luar sana. Ibu-ibu juga pasti menjadikan Kaftan Naira sebagai pilihan kerana ia juga terdapat ciri Breast Feeding friendly. Mudah untuk ibu-ibu yang mempunyai anak kecik yang masih menyusu.

Chiffon crepe menjadi fabrik pilihan utama untuk menghasilkan Kaftan Naira ini. Chiffon crepe lebih premium berbanding dengan chiffon biasa. Ciri-cirinya fabriknya yang sejuk, selesa, senang untuk dibasuh dan di gosok. Malah, chiffon crepe materialnya lebih berkilat dan tidak tembus cahaya berbanding chiffon biasa yang memerlukan 3 lapisan kain untuk tidak tembus cahaya.

Cara Penjagaan Kaftan Naira :

  • Basuhan yang minimal menggunakan tangan atau menggunakan mesin basuh.
  • Gosok pada suhu yang minimum.
  • Elakkan menggunakan sabun atau peluntur yang boleh menjejaskan kualiti fabrik.
  • Elakkan menggunakan berus yang keras yang boleh menjejaskan struktur fabrik.

Anda Boleh Dapatkan Koleksi Kaftan Naira di :

  • Bella Ammara HQ Online atau di Butik Butik Bella Ammara ,
  • Bella Ammara Shah Alam
  • Bella Ammara Bangi
  • Bella Ammara Kuala Lumpur
  • Bella Ammara Johor Bahru
  • Bella ammara Sungai Petani

Jangan lupa untuk Follow, Like, Subscribe dan Share akaun media sosial Bella Ammara untuk perkembangan terkini mengenai koleksi terbaru dan juga promosi-promosi terkini.

Dapatkan juga Koleksi Terbaru Tudung Bawal Bella Crystal pada harga promo 5 helai RM99 sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Shipping Semenanjung Malaysia

On all orders above RM500

Easy 30 days returns

30 days money back guarantee

High Quality Product

for all our product

100% Secure Checkout

PayPal / MasterCard / Visa