Shopping Cart

TAMBAH INCOME

5 Cara Tambah Income Bakal Meletup 2023

Mahu mendapatkan income tambahan dengan mudah?? jom sertai sini, sertai sana. Itulah kata-kata yang sering di ungkapkan dia platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Tik Tok dan seumpamanya. Pelbagai cara, teknik dan skil yang boleh digunakan untuk mencari wang pendapatan tambahan sesuai dengan perkembangan teknologi semasa.

Cara Tambah Income

Menurut sumber Berita Harian bertarikh Oktober 19, 2021. Kira-kira separuh rakyat Malaysia iaitu 47 peratus pengguna menggunakan medium pembelian secara atas talian untuk membeli barangan. demikian menurut kajian syarikat pengurusan perunding berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Bain & Company.

Pengguna seramai 47 peratus merupakan satu angka yang besar bagi platform e-dagang dan dijangka akan terus berkembang dengan sokongan populasi dewasa yang matang dan celik teknologi. Ini menjadi tanda dan punca bagi platform e-dagang terus berinovasi dan berintergrasi dengan pengguna luar untuk sama-sama menyediakan satu platform jualan cara tambah income menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Di sini, kami senaraikan 5 cara tambah income yang bakal meletup pada tahun 2023 yang anda boleh cuba.

1. Shopee Affiliate

Siapa tidak kenal dengan Shopee antara platform e-dagang terkemuka di Malaysia ini. Platform yang menjadi pilihan pengguna rakyat Malaysia. Tetapi, tahukah anda pihak Shopee ada menyediakan satu cara tambah income iaitu Shopee Affiliate Program untuk rakyat Malaysia di luar sana mencari pendapatan sampingan mudah hanya dengan share link yang disediakan sahaja.

Bagi yang ingin menyertai program ini, boleh terus mendaftar di website shopee itu sendiri dan isi maklumat yang diperlukan oleh pihak Shopee itu sendiri. Jangan lupa untuk membaca terma dan syarat yang telah di sediakan oleh pihak Shopee untuk kita lebih memahami apa itu Shopee Affiliate Program.

2. Lazada Affiliate

Selain Shopee, Platform e-dagang Lazada juga menyediakan Lazada Affiliate Program. Hampir sama di antara keduanya dan hanya membezakannya adalah komisen setiap jualan berdasarkan kategori produk.

Lazada Affiliate Program mempunyai kadar rate komisen jualan sehingga 14 peratus bergantung kepada kategori produk. Jika berminat anda boleh layari website lazada dan daftar di sana disamping itu juga sila fahami terma dan syarat yang diperlukan oleh pihak lazada.

3. Tiktok Affiliate

Tiktok merupakan salah platform sosial media yang sedang meningkat naik yang diminati oleh golongan muda. Selain menjadi tempat untuk para pengguna berkarya dan meluahkan idea, Tiktok juga ada menyediakan Tiktok Affiliate untuk penggunanya.

Caranya sedikit rumit dan anda perlu mendaftar di Tiktok Seller Centre dan ikuti panduan yang disediakan oleh pihak Tiktok. Ada beberapa Plan yang di beri pilihan olek Tiktok dan anda perlu fahami setiap plan yang di sediakan yang bersesuaian dengan anda.

4. Tiktok Shop

Masih lagi dalam platfom Tiktok, tahukah anda di Tiktok juga anda boleh menjual dan bukan sekadar content hiburan semata-mata. Platform yang meningkat naik ini melebarkan lagi sayapnya ke dalam bidang jualan atas talian sama seperti shopee dan lazada.

Ini juga salah satu cara tambah income dengan mudah hanya menggunakan platform yang disediakan. Daftar seperti biasa di Tiktok Shop dan isi maklumat yang diperlukan untuk membuka akaun Tiktok shop. Masa yang perlu yang ambil untuk membuka akaun ini dalam linkungan maksimum 3 hari kerana menunggu pengesahan maklumat dari Tiktok itu sendiri memakan masa sehingga 2 hari.

5. Promo Link Jer

Promo Link Jer merupakan satu inisiatif atau cara tambah income daripada pihak Bella Ammara untuk membantu anda-anda yang di luar sana untuk mencari pendapatan sampingan. Terdapat banyak kelebihan dan kemudahan program Promo Link Jer ini di mana bahan material seperti grafik, gambar produk di sediakan oleh pihak Bella Ammara sendiri.

Pendaftaran yang mudah, anda hanya perlu layari Promo Link Jer dan isi maklumat yang diperlukan dengan tepat dan terus boleh melakukan aktiviti Promo Link Jer. Komisen yang diberikan oleh program ini bergantung kepada kategori produk dan koleksi. Namun, program ini hanyalah terhad untuk koleksi Bella Ammara yang ada di www.bellaammara.com sahaja.

Jangan risau jika anda tidak mencapai target minimum jualan anda. Komisen anda tetap akan dibayar terus ke akaun bank anda yang didaftarkan pada setiap minggu jika ada berlaku transaksi jualan yang berjaya pada link yang anda kongsi kepada umum di mana-mana platform yang berkenaan. Bonus menanti anda jika anda mencapai target jualan yang ditetapkan oleh pihak Bella Ammara.

Tunggu apa lagi, jom rebut peluang cara tambah income yang disediakan ini. Cukup mudah, cepat dan pantas untuk anda mencari duit tambahan di musim endemik yang belum tahu kesudahannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Shipping Semenanjung Malaysia

On all orders above RM500

Easy 30 days returns

30 days money back guarantee

High Quality Product

for all our product

100% Secure Checkout

PayPal / MasterCard / Visa