Shopping Cart

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul 1444H

Maulidur Rasul jatuh pada tarikh atau tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah islam dan merupakan satu tarikh yang amat istimewa bagi umat islam di seluruh di dunia termasuklah di Malaysia. Kedatangan Baginda Nabi Muhammad s.a.w merupakakan satu rahmat yang terbesar dan juga teragung yang Allah S.W.T kurniakan kepada alam semesta ini.

Menurut kalendar islam yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Maulidur Rasul 1444H atau pada tahun 2022 ini akan di sambut pada hari Ahad bersamaan 9 Oktober 2022. Justeru itu, ia menjadi hari cuti pelepasan am di Malaysia bagi yang bekerja.

Tema Sambutan Hari Maulidur Rasul 1444H Malaysia pada kali ini adalah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”. Sambutan di peringkat kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC). Bagi yang tidak dapat hadir, boleh menyaksikan sambutan ini secara siaran langsung dari stesyen television dan saluran radio utama Malaysia.

Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran

Tema Maulidur Rasul kali ini membawa konsep “Keluarga Malaysia” yang di anggap sebagai satu simbol kebersamaan dalam kita sebagai rakyat Malaysia yang sedang menghadapi krisis pendemik Covid-19 yang masih belum menemui jalan keluarnya.

Konsep Keluarga Malaysia ini menerapkan tiga tunjang utama iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran. Tiga tunjang ini dijadikan sebagai nilai dalam konsep Keluarga Malaysia untuk memacu Malaysia keluar dari krisis kesihatan dan kemerosotan ekonomi. Seterusnya menjamin kesejahteraan hidup rakyat Malaysia di bumi bertuah ini.

Sesuai dengan Malaysia yang terkenal dengan masyarakat majmuk yang berbilang kaum dang bangsa. Konsep Keluarga Malaysia ini sesuai untuk mengajak seluruh penduduk Malaysia yang berbilang kaum tanpa mengira fahaman politik berganding bahu untuk bersama-sama membawa Malaysia keluar dari krisis kesihatan covid-19 ini.

Konsep Keluarga Malaysia ini juga berpaksikan kepada keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang termaktub dalam Rukun Negara. Untuk ulasan lengkap mengenai Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran, boleh di rujuk melalui JAKIM.

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul ialah hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari yang jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571.

Hukum sambutan Maulidur Rasul

Walaupun ia sudah menjadi kelaziman, sesetengah pendapat mengatakan bahawa hukum menyambut Maulidur Rasul adalah bidaah dan patut dihentikan.

Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa sambutan ini adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:

  • Pengisian yang baik dan bermanfaat seperti tazkirah dan ceramah.
  • Tiada percampuran di antara lelaki dan perempuan di dalam sesuatu majlis.
  • Menutup aurat bagi lelaki mahupun perempuan.
  • Tiada unsur dan aktiviti ke arah maksiat.
  • Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW.
  • Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.

Rujukan :  https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1048-bayan-linnas-siri-ke-80-hukum-menyambut-maulid-al-rasul

Kesimpulannya, hari yang penuh rahmat ini menjadi peluang kepada umat Islam untuk menghayati serta mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.

Jom Berselawat ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w

koleksi selawat1
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Shipping Semenanjung Malaysia

On all orders above RM500

Easy 30 days returns

30 days money back guarantee

High Quality Product

for all our product

100% Secure Checkout

PayPal / MasterCard / Visa