Shopping Cart

Tips Penjagaan Telekung

Tips Penjagaan Telekung Dengan Betul

Islam adalah agama yang mementingkan kesucian dan kebersihan di dalam kehidupan seharian terutamanya di dalam beribadah. Seperti yang kita sedia maklum, telekung merupakan satu alat atau pakaian yang digunakan untuk melakukan amal ibadah yakni solat 5 waktu sehari semalam.

Tips Penjagaan Telekung

Kita dituntut untuk berpakaian kemas, suci dari najis dan bersih sebelum melakukan amal ibadat seperti menunaikan solat. Namun, adakah kita mengambil cakna tentang kebersihan telekung yang dibawa untuk solat?

B4

Sudah semestinya kita akan memakai telekung sekurang-kurang 5 kali sehari di waktu zohor, asar, maghrib, isyak dan subuh. Telekung yang sama akan berulang kali dipakai pada waktu yang berlainan dalam sehari. Disini kami senaraikan tips penjagaan telekung yang anda semua boleh praktikkan di rumah.

1. Cuci Telekung

Kebiasaannya telekung akan menjadi lembab dikawasan sekitar muka dan lengan. Ini kerana kawasan ini terdedah dan menyerap air wudhu yang ada pada penggunanya. Jika dibiarkan, bintik-bintik hitam atau terma lain yang lebih sinonim iaitu tahi lalat akan mula muncul dan meninggalkan kesan pada telekung. Untuk mengelakkan situasi ini berlaku, telekung haruslah dicuci sekurang-kurangnya seminggu sekali. Disamping menghilang bintik hitam, ia juga mengelakkan bau kepam pada telekung yang disebabkan oleh kelembapan dan juga kekerapan pemakaian berulang kali.

2. Jangan Guna Peluntur

Berhati-hati jika anda mencuci pakaian anda dengan menggunakan sabun yang mempunyai sifat peluntur atau cecair jenis peluntur. Jika boleh, elakkan sepenuhnya penggunaan sabun berpeluntur kerana ia boleh merosakkan fabrik telekung seperti turun warna, cepat reput dan seumpamanya. Untuk kotoran degil, cukup sekadar sapu sabun peluntur dikawasan yang terkena kotoran sahaja dan terus bilas dengan air yang bersih. Sayangi telekung anda.

3. Basuhan Tangan

Basuh telekung secara minimal dengan menggunakan berus tangan. Berus dengan lembut dan jangan berkasar kerana ia boleh merosakkan struktur fabrik telekung. Jika telekung mempunyai corak sulaman, cukup sekadar dengan mengosok secara lembut menggunakan tangan sahaja dan elakkan menggunakan berus.

4. Elakkan Basuh Menggunakan Mesin Basuh

Elakkan cuci telekung anda menggunakan mesin basuh kerana ia boleh merosakkan telekung anda terutama telekung yang mempunyai corak bersulam. cukup sekadar merendam di dalam air sabun dan basuhan minimal menggunakan tangan sahaja.

5. Jemur Telekung atau Guna Mesin Pengering

Jemur telekung anda dibawah tempat sidai berbumbung, elakkan sidai dibawah cahaya matahari terik untuk jangka masa waktu yang lama kerana dikhuatiri akan merosakkan warna fabrik telekung. Jika ada mesin pengering, lagi mudah kerja anda. Lebih-lebih lagi bila hari hujan dan mendung memanjang. Tapi, berhati-hati dengan suhu pengering, risau merosakkan fabrik telekung jika datang dari fabrik yang tidak tahan panas.

6. Gosok Telekung

Bagi yang ingin menggosok telekung, disarankan untuk melapik lapisan kain diatas permukaan papan penggosok sembelum aktiviti menggosok dilakukan untuk mendapatkan kualiti gosokkan yang baik disamping menjaga permukaan fabrik telekung.

Jadi, bagaimana dengan anda? terus masuk mesin basuh atau ada juga mengikuti tips di atas? Ini adalah sebahagian tips yang boleh anda praktikkan untuk penjagaan telekung. Mungkin ada lebih banyak lagi tips yang lebih berkesan dan mudah di luar sana. Setiap orang juga mungkin ada caranya yang tersendiri.

Lain padang lain belalang, Lain orang lain caranya. Jika ada yang ingin kongsikan tips penjagaan telekung, boleh tinggalkan komen di bawah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Shipping Semenanjung Malaysia

On all orders above RM500

Easy 30 days returns

30 days money back guarantee

High Quality Product

for all our product

100% Secure Checkout

PayPal / MasterCard / Visa