Suit Muslimah Terbaik di Pasaran

suit muslimah

Muslimah menuju syurga. Ungkapan yang sesuai untuk muslimah moden masa kini. Dengan berkembang pesatnya industri fesyen tanah air, pakaian untuk muslimah jugak turut untuk tidak ketinggalan untuk bersama-sama berevolusi. Walaupun berevolusi, pakaian untuk muslimah masa kini masih lagi menepati ciri-ciri yang perlu dipenuhi untuk diwartakan sebagai pakaian muslimah iaitu menutup aurat, tidak ketat dan sopan.

Suit Muslimah

Pelbagai jenama fesyen kini sedang giat dan berlumba-lumba untuk menghasilkan koleksi suit muslimah dengan jenama sendiri. Pelbagai pilihan fabrik dan rekaan dipilih untuk disesuaikan dengan citarasa rakyat Malaysia terutamanya untuk kaum muslimah.

Jom kita lihat pilihan suit muslimah yang ada di pasaran sekarang :

1. Eva Suit by Nursafia

Koleksi dari Nursafia ini menggunakan fabrik daripada comocrepe yang berkualiti tinggi yang sudah semestinya mampu memberikan keselesaan maksimum kepada si pemakainya. Dengan rekaan potongan A, ia turut menawarkan ciri mesra wuduk dan mesra penyusuan bagi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil yang masih menyusu. Baju yang berpoket disamping pinggang seluar yang mempunyai separuh getah membolehkan ia di tarik dari 3 hingga 4 inci.

2. Tyesha Suit by Zoe Arissa

H25tXOKV1602759064 1000x1000 1

Koleksi dari Zoe Arissa ini pula juga menawarkan koleksi yang diperbuat daripada fabrik comocrepe. Juga hadir dengan ciri mesra penyusuan untuk ibu-ibu yang mempunyai anak kecik yang masih menyusu disamping mempunyai zip di kedua-dua belah lengannya untuk memudahkan mengambil wuduk dan seumpamanya. Koleksi ini juga tak perlu gosok dan sesuai untuk wanita bekerja yang mempunyai kekangan waktu untuk bersiap.

3. Rihanna Suit by Scarffeya

scarffeya

Premium italian wrinkle cotton rayon merupakan fabrik pilihan bagi Scarffeya untuk menghasilkan koleksi suit muslimah ini. Fabrik ini dijanjikan dengan keselesaan yang maksimum kepada si pemakainya disamping fabriknya yang less iron. Mempunyai rekaan button hadapan di bajunya dan button di lengan. Turut juga mempunyai ciri piihan iaitu mesra wuduk dan mesra penyusuan bagi si ibu yang masih menyusukan anak kecilnya.

4. Dalila Suit by Bella Ammara

IMG 6856

Terkini dan terbaru daripada Bella Ammara. Suit Set Dalila yang hadir dengan rekaan “Muslimah Cutting” Long Tunic dan Pencil Pant. Terdapat 6 pilihan warna kesemuannya dan diterjemahkan di atas fabrik dari jenis Italian Cotton. Fabrik yang memberikan keselesaan yang maksimum kepada si pemakainya malah fabriknya yang bersifat “Ironless”. Amat sesuai bagi wanita-wanita yang mempunyai kekangan waktu untuk menggosok dan suit ini juga amat sesuai untuk digayakan dimana-mana sahaja.

5. Catalea Suit by Saeeda

SUIT MUSLIMAH JUBAH SELUAR CATALEA FLAMINGO 2

Last but not least, Koleksi daripada Saeeda ini menggunakan fabrik dari jenis Plain Moss Crepe. Fabrik yang selesa, sejuk, lembut, memeri, ironless, tidak jarang dan elok terletak pada badan si pemakainya. Rekaan dan potongan selesa, labuh serta elegan. Butang di belakang baju dan mesra wudhu (hujung lengan rekaan jenis lepas tanpa zip atau button). Mempunyai poket di sisi kanan dan kiri baju dan rekaan getah sepenuhnya pada pinggang seluar.

Join the conversation

Bestsellers:
SHOPPING BAG 0
RECENTLY VIEWED 0