Shopping Cart

Azam Baru

5 Azam Baru Yang Selalu Di Lakukan Oleh Orang Yang Berjaya Setiap Tahun

Tahun 2022 hampir melabuhkan tirainya. Ada memori suka duka penat lelah telah tercipta untuk 365 hari. Namun, apakah azam baru yang di tanam seawal sebelum tahun 2022 muncul tercapai? Jika tercapai, Tahniah kami ucapkan anda berjaya. Bagi yang tidak tercapai, tidak mengapa tahun 2023 menanti untuk menyahut cabaean azam anda.

Azam Baru

Jom kita singkap sedikit apakah azam baru yang dilakukan oleh orang-orang yang berjaya apabila tahun baru mendatang tiba. Mereka mungkin mempunyai formula-formula tertentu dan tersendiri untuk mengharungi dan mencapai azam tahun baru yang mendatang.

Jom kita lihat 5 azam baru yang selalu di lakukan oleh orang berjaya setiap tahun:

1. Nyatakan Matlamat, Bukan Penyelesaian

businessman with light bulb his hand

Orang yang berjaya menggantikan perkataan azam dengan perkataan matlamat. Matlamat adalah perkara yang perlu di capai untuk tahun yang berkenaan, bukan sekadar azam semata-mata. Matlamat yang perlu dicapai itu ditetapkan dan dihuraikan dengan lebih tepat dan spesifik dalam bentuk S.M.A.R.T iaitu:

S : Specific

M : Measureable

A : Attainable

R : Realistic

T : Timely

2. Pengurusan Masa Dengan Baik

closeup macro shot watch

Masa tidak boleh dibazirkan sewenang-wenangnya walaupun sedetik. Bagi orang yang berjaya, Masa itu Emas. Setiap detik itu berharga sehingga ia disamakan dengan nilai wang ringgit. Sehubungan dengan itu, Masa 24 jam yang diberikan untuk sehari haruslah digunakan dan di manfaatkan dengan sebaik dan semaksimum mungkin.

Lalu, Terbitlah perkataan produktif yang membawa maksud perkerjaan yang dilakukan bersesuaian dengan masa yang diambil untuk disiapkan supaya tidak berlaku pembaziran masa yang sia-sia. Gerak kerja yang produktif juga memerlukan disiplin kerja yang tinggi disamping tahu dengan apa yang ingin dilakukan.

3. Ada Ruang Masa Untuk Rehat

beautiful fresh relax morning coffee cup set

Bukan bermaksud pergi bercuti atau seumpamanya. Tapi, adalah waktu rehat peribadi untuk rehatkan badan dan mengecas semula tenaga-tenaga positif agar produktiviti dan kreativiti tidak terbatas.

Antara contoh aktiviti yang dilakukan adalah bermeditasi, membaca al-Quran atau kitab untuk kerohanian, khailullah (tidur sekejap sebelum waktu zohor) dan seumpamanya agar badan dan fikiran tidak sentiasa terbeban dengan hal-hal pekerjaan semata-mata.

4. Kehidupan Terancang dan Teratur

3d rendering loft luxury living room with bookshelf with pouf

Penyediaan persekitaran yang teratur dan tenang untuk kehidupan seharian yang lebih baik. Perkara ini untuk mengelakkan anda pulang ke rumah dalam keadaan tension bertambah serabut sekaligus mengganggu prestasi kerja harian anda. Apabila persekitaran anda positif, Maka, secara automatik anda akan menjadi lebih postitif dan kehidupan seharian lebih tenang dan berkualiti.

Kerja untuk hari esok pun anda akan lebih bersemangat dan produktif dengan idea-idea yang baru.

5. Menguasai Ilmu Baru

ideas idea vision design plan objective mission concept

Orang yang berjaya adalah orang pakar dalam bidang yang di lakukannya. Namun, Tidak semestinya hanya tahu ilmu dalam bidangnya sahaja. Lebih hebat orang itu jika tahu selok belok ilmu yang mungkin boleh dikaitkan dengan bidangnya.

Ilmu melalui pembacaan secara teori atau praktikal amat penting untuk mencapai sesuatu kejayaan agar sentiasa ada penambahbaikkan setiap perkara yang kita lakukan dan kita mampu lakukan dengan efektif dan berkesan.

Bonus : Mencari Mentor atau Guru

business people board room meeting
“Surround yourself with only people who are going to lift you higher” – Oprah Winfrey

Mentor atau guru juga penting sebagai tempat untuk kita meminta pandangan dan nasihat. Mungkin kita boleh bergerak secara solo dan seorang diri. Namun, berdua lebih baik di mana salah seorang darinya adalah mentor atau guru anda sebagai tempat rujukan yang sahih dan benar.

Kebiasaannya, mentor atau guru boleh diperolehi dengan persetujuan meluangkan masa bersama untuk mengerjakan usahasama dan ada juga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sokongan dan tunjuk ajar mereka di dalam bisnes atau bidang profesional.

bawal printed 2
Tudung Bella Bawal Printed
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Shipping Semenanjung Malaysia

On all orders above RM500

Easy 30 days returns

30 days money back guarantee

High Quality Product

for all our product

100% Secure Checkout

PayPal / MasterCard / Visa