Shopping Cart

MENUJU RAMADHAN

Menuju 1 Ramadhan 1444H

Semestinya ramai muslimin dan muslimat tidak sabar-sabar menantikan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Masing-masing menghitung hari untuk melayani tetamu istimewa ini iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang ditutup pintu-pintu neraka dan dibuka pintu-pintu syurga seluas-luasnya. Tetamu yang datang setiap tahun tetapi hanya untuk sekali sahaja ini membawa rahmat dan ganjaran yang cukup besar bagi sesiapa yang bersungguh-sungguh dan berjaya mengharunginya. Ganjaran yang berlipat kali ganda yang tiada di bulan yang lain. Ganjaran yang direbut oleh orang-orang yang soleh, beriman dan bertaqwa kepada yang Allah S.W.T yang satu.

1 Ramadhan 1444H

Adakah kita sudah bersiap sedia untuk melayani kunjungan bulan yang mulia ini??

Jom kita perhalusi 5 cara dan persediaan diri kita sendiri untuk kita menerima kehadiran Ramadhan yang mulia ini dengan hati yang penuh ketaqwaan dan keredhaan. Perkara asas utama adalah untuk kita sentiasa beristiqamah dengan amal perbuatan kita dengan harapan kita dapat berubah ke arah yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Jom kita perincikan satu persatu :

1. Bertaubat

muslim boy learning how make dua allah
Muslim boy learning how to make Dua to Allah by rawpixel.com

Ramai orang yang mengabaikan untuk bertaubat dan memohon keampunan yang sesungguhnya kepada Allah S.W.T. Sebenar-benarnya, taubat hendaklah diamalkan secara konsisten agar kita sentiasa ingat akan kesalahan yang pernah kita lakukan secara sedar mahupun tidak. Bertaubat tidak semestinya dilakukan hanya ketika kita menyesali akan perbuatan dan kesalahan besar yang kita lakukan.

Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan dan dengan kesalahan itulah yang mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih baik. Jadikan taubat itu sebagai penghalang untuk kita melakukan sesuatu yang dibenci oleh Allah S.W.T dan juga untuk menghalang kita berulang kali melakukan kesalahan yang sama.

2. Meningkatkan Kualiti Ibadat

quran being held hands close up
Quran being held by in hands by Freepik

Memperbaiki kelemahan kita dalam melakukan ibadat seperti memperbetulkan bacaan-bacaan wajib di dalam solat terutama surah al-Fatihah, belajar untuk lebih khusyuk dan sewaktu dengannya. Disiplinkan diri untuk solat berjemaah di masjid terutamanya untuk solat subuh berjemaah. Sentiasa berdoa selepas solat dan sebagainya.

3. Melakukan Ibadah Tambahan

volunteer giving box with donations another volunteer
Volunteer giving a box with donations to another volunteer by Freepik

Isikan masa terluang dengan ibadah sunat seperti yang diunjurkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Hindari masa kita dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang melalaikan serta tidak berfaedah dan tidak bermanfaat.

Berikut merupakan beberapa ibadah sunat yang anda boleh lakukan sebagai aktiviti rutin harian anda :

  • Membaca Al-Quran
  • Melakukan solat sunat
  • Berzikir
  • Bersedekah setiap hari
  • Berpuasa sunat terutama hari Isnin dan Khamis
  • Sentiasa solat berjemaah

4. Kawal Emosi dan Elakkan Perbuatan Negatif

group muslim women having great time
Group of Muslim women having a great time by rawpixel.com

Walaupun mudah untuk kita mencari dan mengisi masa terluang denga perkara-perkara baik seperti kerja-kerja amal (membantu orang lain yang dalam kesusahan). Kadang-kala kita sering mengabaikan perkara-perkara kecil yang tidak disukai oleh Allah S.W.T seperti mengumpat, bermalas-malasan dan dan bersangka buruk terhadap orang lain.

Kawal diri dan positifkan diri anda untuk melakukan kerja-kerja ibadah dengan niat semata-mata kerana Allah. Semoga kita mendapat rahmat dan keredhaanNya di atas amal ikhlas yang kita lakukan.

5. Berpuasa Lebih Awal

small bowl dates handful marble background high quality photo
A small bowl of dates next to a handful on marble background by Arzebaijan_stock

Satu kelebihan melakukan puasa lebih awal yakni puasa sunat sudah semestinya mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah S.W.T. Disamping itu, ia dapat melatih badan kita untuk bersedia lebih awal bagi menghadapi bulan Ramadhan yang akan menjelma tiba agar badan sudah terbiasa dengan berpuasa dan badan kita pun cergas sepanjang hari. Namun, puasa yang ditinggalkan pada Ramadhan sebelumnya haruslah diganti terlebih dahulu.

Semoga kita istiqamah dan bersama-sama berusaha memperbaiki diri dalam melakukan hal-hal ibadah wajib mahupun sunat agar ianya diterima oleh Allah S.W.T. Semoga kita juga dapat sampai, harungi dan berjaya ke Ramadhan yang akan datang dengan rahmat dari Allah S.W.T. InsyaAllah.

bawal printed
Bella Bawal Printed by Bella Ammara
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Shipping Semenanjung Malaysia

On all orders above RM500

Easy 30 days returns

30 days money back guarantee

High Quality Product

for all our product

100% Secure Checkout

PayPal / MasterCard / Visa